Menu
Masakan_Kantonis Latar belakangArtikel ini adalah sebahagian daripada siri |
Masakan China |
---|
Masakan serantau Empat Tradisi AgungLapan Tradisi AgungBeijing dan kawasan sekitarGaya serantau lain |
Bahan-bahan dan jenis makanan |
Portal China |
Guangdong semenjak dahulu kala merupakan sebuah pelabuhan perdagangan, maka banyak makanan dan ramuan yang diimport digunakan dalam masakan Kantonis. Selain daging babi, lembu dan ayam, masakan Kantonis menerapkan hampir kesemua daging yang boleh dimakan, termasuk bahagian dalam, kaki ayam, lidah itik, ular, dan siput babi. Bagaimanapun, daging kambing amat jarang dimakan, tidak seperti masakan di utara atau barat China. Banyak kaedah memasak yang digunakan, terutama sekali kukus dan kacau goreng yang paling senang dan cepat, di samping juga goreng cetek, kukus ganda, tumis reneh, and goreng rendam.
Bagi kebanyakan tukang masak Kantonis tradisional, hidangan yang siap mesti seimbang dan tidak berminyak perisanya. Selain itu, rempah-ratus harus digunakan secara sederhana supaya tidak mengatasi perisa ramuan utama yang seharusnya mencapai kemuncak kesegaran dan kualitinya. Herba segar tidak digunakan secara meluas dalam masakan Kantonis, kecuali daun kucai dan ketumbar jika dibandingkan dengan masakan-masakan lain seperti Sichuan, Eropah mahupun Thai. Akan tetapi, ketumbar sekadar dijadikan hiasan.
Menu
Masakan_Kantonis Latar belakangBerkaitan
Masak Masakan Malaysia Masakan Jepun Masakan Korea Masakan Zaman Pertengahan Masakan Amerika Syarikat Masakan Filipina Masakan Belanda Masakan Iran Masakan ThailandRujukan
WikiPedia: Masakan_Kantonis http://cancerres.aacrjournals.org/content/64/23/84... http://books.google.co.uk/books?id=CwRE0HIIyWkC&pg...